Thursday 5 December 2013

Surat Dari Hamba Allah Kepada Datuk Bandar MBKT.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dari hamba Allah kepada Datuk Bandar MBKT. Semoga tuan berada didalam limpahan rahmat Allah Taala. Hamba menyeru kepada tuan supaya takut kepada Allah. Hamba menyeru kepada tuan supaya mencari redha Allah.


Isu panas yang sedang hangat diperkatakan sekarang melibatkan MBKT dan Sabasun. Tuan sebagai orang yang bertanggungjawab di pilih dan diamanahkan oleh Allah untuk menjalankan tugas perlu sentiasa ingat kepada Allah.

Segala tugas yang diamanahkan sekiranya mencari keredhaan Allah, insyaallah akan dibantu oleh Allah. Hamba yakin tuan adalah orang yang amanah dan sentiasa mencari keredhaan Allah.

Isu hangat diantara MBKT dan Sabasun mempunyai pelbagai andaian dan pendapat. Walaubagimanapun hamba berharap tuan selaku Datuk bandar dapat menyelesaikan seberapa segera. Tuan walaupun berada diatas, diharap tuan dapat sesekali turun untuk melihat keperluan Sabasun.

Walaupun tuan tidak dapat apa-apa maklumbalas dari pihak Sabasun untuk berbincang, tidak ada salahnya jika tuan yang saya percaya menjalankan tugas dengan mencari redha Allah pergi sendiri untuk berjumpa dengan tuan punya Sabasun.

 Ini akan menunjukan bahawa tuan memang seorang yang ingini membantu saudara seagama supaya segala permasalahan dapat di selesaikan segera.

Setiap perkara yang dibuat hanya berniat kerana Allah , akan ada jalan penyelesaianya. Apa salah nya tuan sebagai orang yang diamanatkan oleh Allah mengambil pendekatan yang lain dari yang lain dalam menyelesaikan isu Sabasun ini.

Semoga tuan diberi perlindungan dan rahmat Allah dalam mencari redha Allah.

Sekian 


No comments:

Post a Comment