Saturday 7 December 2013

Surat Dari Hamba Allah Kepada Che Salmi Pemilik Sabasun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dari hamba Allah kepada Che Salmi pemilik Sabasun. Semoga tuan berada dalam lindungan Allah Taala. Hamba Allah menyeru kepada tuan sekeluarga supaya sentiasa ingat kepada Allah dan berdoa kepada Allah. Insyaallah semoga tuan akan sentiasa mendapat keredhaan Allah Taala.

Hamba Allah berharap tuan sekeluarga sentiasa bersabar keatas segala dugaan yang melanda. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Hanya Allah yang mengetahui apakah rancangaNya.


Hamba Allah menyeru tuan supaya sentiasa muhasabah diri dan sentiasa ingat setiap yang berlaku adalah dugaan atau pun musibah dari Allah Taala.

Malam ada siangnya, susah ada senangnya. Hamba Allah berharap tuan segera berjumpa dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Tiada gunanya masing - masing saling salah menyalah. Yang perlu dicari adalah penyelesaianya.

Merendah diri bukan bererti kalah, tetapi hendaklah berniatkan untuk mencari keredhaan Allah Taala. Tuan telah menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah dengan memyediakan perkhidmatan hyperruncit berkonsepkan islamic. Maka niatkan lah untuk kebaikan masyarakat islam khususnya di Terengganu.

Hamba Allah mendoakan kesejahteraan tuan. Hamba juga menyeru kepada Tuan supaya sentiasa takukan Allah Taala

Sekian.

2 comments:

  1. Ma sya Allah...Syukran Jazilan ya Akhi. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan di atas segala nasihat serta peringatan yang diberikan. Jazakallahu khoir. Sememangnya sebagai insan biasa, saya banyak melakukan kesilapan samada sedar atau pun tidak. Terima kasih diucapkan di atas segala doa, sokongan dan harapan. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada tersalah laku atau terkasar bahasa sepanjang isu ini berlarutan. Wassalamalaikum w.b.t. Mudah-mudahan kita semua mendapat petunjuk yang benar dariNya sentiasa - CHE SALMI CHE IBRAHIM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Tuan Sentiasa Di bawah lindungan dan rahmat Allah Taala. Amin

      Delete